Tuesday, March 22, 2011

"Bantu aku terbang keluar dari gelita kiranya engkau berada dicahaya."

Kau sudah berubah bila berada di cahaya. Aku? Keseorangan dalam gelita. Tiada sesiapa. Sepi. Kamu sudah berubah. Kamu tidak pedulikan diriku. Andai kamu sudah ada peneman di cahaya, jangan lupa diriku yang berada di gelita ini. Sesungguhnya aku akan sentiasa menanti mu untuk membawa ku keluar dari gelita. Hanya kamu. Hanya kamu yang mampu membawa ku keluar. Separuh hidupku lumpuh bila berada di gelita. Kenapa kamu tiada? Kenapa? HAtimu sudah berpaling. BErpaling kearah cahaya yang lebih terang mungkin. Dan aku masih digelita. Masih menanti kamu disini.


Monday, March 14, 2011

Aku dibuang.

Disaat aku bangun, hujan renyai-renyai diluar tingkap mula kedengaran. Aku bangun, kulihat kiri, kulihat kanan, sepi. Semua sepi. Kelihatan beberapa sahabat sedang menggaru tangan dan betis. Gatal akibat gigitan nyamuk mungkin. Pandangan aku tertumpu pada satu sudut pandang disebelah meja belajar. Aku memerhati satu poster pasukan bola sepak kesayangan ku, 'The Red Warrior'. Mata aku mula beralih ke tepi sedikit, aku memerhati lama satu lagi gambar yang di cetak dan ditampal oleh ku sendiri di bahagaian papan kenyataan tersebut. Mataku tidak berkedip walau sesaat sekali pun. Fikiran aku mula melayang. Apa yang fikiran aku layangkan ialah kisah-kisah mengenai diriku dan pisces. Semua 'flashback' mula kembali datang seolah-olah realiti. Dari mula-mula pertemuan kami, sehinggalah saat ini. Tanpa aku sedari, aku tergelak sendirian pabila mengenang telatah pisces yang selalu mecuit hatiku. Jenaka nya selalu membuatku tersenyum, Ada ketika, aku pun sama tidak tahan untuk tergelak dengan jenakanya. Tapi, aku sering menegurnya dengan 'sssshhh' pabila pisces sudah tidak ingat dunia ketika ketawa. Kataku, "ayunx, ramai ni orang,sume org tgk kite." Pabila berjalan dengan pisces, aku gembira kerana ramai mata lelaki memerhati aku dengan tidak puas hati. Ya mungkin kamu orang iri hati aku berjalan dengan pisces ku yang sangat comel. Aku sagat berbangga memiliki pisces. Pisces manja. Aku tahu pisces sangat suka kalau aku memujuknya. Tapi sekarang, aku tahu, pisces sudah tidak perlukan aku untuk memujuknya. Pisces tidak perlukan aku untuk menemani nya ketawa. Pisces tidak perlukan aku untuk melalui hidupnya sehari hari. Tiada lagi aku dalam hidup pisces. Tanpa kusedari benih benih kecil mula keluar dari mataku. Aku tahan. Namun apa dayaku. Aku tidak mampu. Yang ku mampu hanyalah mengenang kisah-kisah kami. Aku bayangkan fantasi sebagai realiti. Walaupun aku tahu ianya akan membuat diriku lagi perit. Sekiranya pisces ada terbaca entri ini. Aku ingin dia tahu bahawa aku sangat merinduinya. Saat-saat aku bersamanya, tidak pernah pudar dalam ingatanku. Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu, ketenanganmu wahai pisces. =(

Wednesday, November 3, 2010

Imbas kembali atau 'flashback' datang menjadi realiti.

Oh tuhan. Selamatkan aku dari segala kenangan-kenangan pahit yang akan datang menjadi realiti. Hanya padamu aku berserah.

Monday, November 1, 2010

Perihal "sekumpulan pahlawan merah" yang telah membanggakan kami.

Kelalaian dan kealpaan akan mengakibatkan sesuatu benda bakal musnah kelak. Wahai "sekumpulan pahlawan merah", bangkitlah dari lamunanmu, sediakan senjatamu, sediakn fizikalmu, sediakn emosimu. Kamu harus bangkit, kamu harus bersedia, kamu tidak harus untuk berputus asa. Ya, kamu akan berperang, berperang dengan habis-habisan. Kami sentiasa berada di belakangmu. Kami akan terus menyokongmu. Usah gentar wahai "sekumpulan pahlawan merah", kami sebagai penyokongmu akan sentiasa berada di sisimu. Go more "kelate" go more.

                       Sekempulan "pahlawan merah" yang telah membanggakan kami rakyat Kelantan.


Ya, Piala Malaysia milik kami, persetankan semua cacian dan segala pertikaian. Kamu yang benci entri ini, dipersilakan mati.

Saturday, September 25, 2010

Berhempas pulas setelah dicaci,dihina,difitnah,dibuang.

Setelah cacian dan hinaan yang disertakan tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepadaku. Aku berhempas pulas,berusaha untuk mempertahankan diri aku. Aku tidak salah. Aku berani kerana aku benar. Pantang darah keturunanku difitnah. Biar dihina. Baik dicaci. Fitnah lagi berat tanggungannya. Aku berlari anak menapak satu persatu anak tangga yang tersusun rapi menuju ke sebuah bilik pada pukul 3:13 am . Aku mengharap sangat pintu bilik itu tidak terkunci dan penghuninya masih dalam keadaan sedar. Tapi yang aku nampak, gelap. Sangat gelap. Sama gelap dengan pandanganku. Aku sedar. Diriku telah dibuang oleh sesuatu. Sesuatu nyawa bagiku. Aku telah dibuang. Dibuang jauh. Amat jauh. Aku makin jauh. Aku makin mengecil. Menunggu saat untuk hilang dari pandangan. Disebabkan teringat akan pesan bonda yang kukasihi yang menyuruh aku sentiasa berbuat baik dan tidak membalas dendam terhadap orang yang menjahanamkan hidup aku,aku sabar. Aku sabar dalam sedih. Aku sedih sebab aku dituduh atas perkara yang memang terang-terangan mempunyai jawapan yang pasti. Berdiri aku disini ingin membela diri aku. Sedikit kuman aku tidak berasa gentar kerana aku tahu, aku tidak bersalah. Aku bercakap benar. Tanpa ada rasa untuk berundur,aku kuatkan semangatku. Aku berusaha sedaya upaya ku untuk mendapatkan bukti. Dengan berbekalkan jalur lebar yang sudah hampir hayatnya. Aku membuka situs maya yang akan ku jadikan bukti kukuh aku tidak bersalah. https://onlinecustomerservice.celcom.com.my . Aku masukkan penganalan diri sesorang dan kata laluan bagi pengenalan diri itu. Aku tidak berjaya meloloskan diri akibat situs itu yang sudah lama tidak di perbaharui oleh pihak berkenaan beserta dengan pakej jalur lebar yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau perlu, aku akan kepejabat yang berkenaan esok untuk mendapatkan salinan bukti aku tidak bersalah. Aku berani kerana aku tidak bersalah. Aku bukan pengecut yang suka memfitnah tanpa usul dan bukti. Aku berani. Aku sedih. Aku berani dalam kesedihan. Hakikat yang aku kena terima, aku telah dibuang. Tiba-tiba otakku mula mengenang kembali tragedi malang yang menimpa ku pada 05.04.10-04.06.10 yang telah membuat otak dan badanku tidak dapat berfungsi secara normal. Badanku susut. Aku perlukan ubat penenang kerana aku sukar tidur ketika itu. Disaat tengah malam yang gelap gelita. Separuh dari penduduk bumi telah nyenyak tidur, aku masih mampu membuka mata seperti biasa, disaat itu akan muncul bondaku yang membawa segelas milo panas dan sebiji ubat penenang. Aku mengadu nasib kepada bonda. Hanya bonda memahami aku. Mengenali aku. Bonda pernah berpesan "biarlah kalau orang dah tak nak, kita doakanla biar orang tu bahagia. Tuhan dah bagi jodoh masing-masing. Kita sebagai umat,wajib berdoa meminta pertolongannya." Aku kembali kuat pada ketika itu,tapi hanya untuk beberapa jam. Beberapa jam seterusnya otakku akan memainkan cerita yang sama. Aku tidak sanggup lagi menghadapi tragedi seperti itu. Aku tidak kuat. Aku tidak mampu ya-Allah. Aku meminta perlindungan dari mu ya-Allah dari segala malapetaka, dari segala bencana, dari segala fitnah. Aku tidak kuat ya-Allah. Aku perlukan bonda disaat begini yang dapat mendengar rintihanku. Tangisanku. Esakanku. Aku tiada sesiapa. Aku sepi. Aku hiba. Apa salahku. Kenapa aku selalu dituduh atas perkara yang aku tidak pernah terfikir untuk lakukan. Apa salahku? Kenapa kamu sanggup menghinaku tanpa menyusul periksa? Aku bukan anak ayam yang boleh dibuang, dikejar. Aku bukan pakaian untuk diganti. Tapi aku manusia yang menunngu saat mati.