Saturday, September 25, 2010

Berhempas pulas setelah dicaci,dihina,difitnah,dibuang.

Setelah cacian dan hinaan yang disertakan tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepadaku. Aku berhempas pulas,berusaha untuk mempertahankan diri aku. Aku tidak salah. Aku berani kerana aku benar. Pantang darah keturunanku difitnah. Biar dihina. Baik dicaci. Fitnah lagi berat tanggungannya. Aku berlari anak menapak satu persatu anak tangga yang tersusun rapi menuju ke sebuah bilik pada pukul 3:13 am . Aku mengharap sangat pintu bilik itu tidak terkunci dan penghuninya masih dalam keadaan sedar. Tapi yang aku nampak, gelap. Sangat gelap. Sama gelap dengan pandanganku. Aku sedar. Diriku telah dibuang oleh sesuatu. Sesuatu nyawa bagiku. Aku telah dibuang. Dibuang jauh. Amat jauh. Aku makin jauh. Aku makin mengecil. Menunggu saat untuk hilang dari pandangan. Disebabkan teringat akan pesan bonda yang kukasihi yang menyuruh aku sentiasa berbuat baik dan tidak membalas dendam terhadap orang yang menjahanamkan hidup aku,aku sabar. Aku sabar dalam sedih. Aku sedih sebab aku dituduh atas perkara yang memang terang-terangan mempunyai jawapan yang pasti. Berdiri aku disini ingin membela diri aku. Sedikit kuman aku tidak berasa gentar kerana aku tahu, aku tidak bersalah. Aku bercakap benar. Tanpa ada rasa untuk berundur,aku kuatkan semangatku. Aku berusaha sedaya upaya ku untuk mendapatkan bukti. Dengan berbekalkan jalur lebar yang sudah hampir hayatnya. Aku membuka situs maya yang akan ku jadikan bukti kukuh aku tidak bersalah. https://onlinecustomerservice.celcom.com.my . Aku masukkan penganalan diri sesorang dan kata laluan bagi pengenalan diri itu. Aku tidak berjaya meloloskan diri akibat situs itu yang sudah lama tidak di perbaharui oleh pihak berkenaan beserta dengan pakej jalur lebar yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau perlu, aku akan kepejabat yang berkenaan esok untuk mendapatkan salinan bukti aku tidak bersalah. Aku berani kerana aku tidak bersalah. Aku bukan pengecut yang suka memfitnah tanpa usul dan bukti. Aku berani. Aku sedih. Aku berani dalam kesedihan. Hakikat yang aku kena terima, aku telah dibuang. Tiba-tiba otakku mula mengenang kembali tragedi malang yang menimpa ku pada 05.04.10-04.06.10 yang telah membuat otak dan badanku tidak dapat berfungsi secara normal. Badanku susut. Aku perlukan ubat penenang kerana aku sukar tidur ketika itu. Disaat tengah malam yang gelap gelita. Separuh dari penduduk bumi telah nyenyak tidur, aku masih mampu membuka mata seperti biasa, disaat itu akan muncul bondaku yang membawa segelas milo panas dan sebiji ubat penenang. Aku mengadu nasib kepada bonda. Hanya bonda memahami aku. Mengenali aku. Bonda pernah berpesan "biarlah kalau orang dah tak nak, kita doakanla biar orang tu bahagia. Tuhan dah bagi jodoh masing-masing. Kita sebagai umat,wajib berdoa meminta pertolongannya." Aku kembali kuat pada ketika itu,tapi hanya untuk beberapa jam. Beberapa jam seterusnya otakku akan memainkan cerita yang sama. Aku tidak sanggup lagi menghadapi tragedi seperti itu. Aku tidak kuat. Aku tidak mampu ya-Allah. Aku meminta perlindungan dari mu ya-Allah dari segala malapetaka, dari segala bencana, dari segala fitnah. Aku tidak kuat ya-Allah. Aku perlukan bonda disaat begini yang dapat mendengar rintihanku. Tangisanku. Esakanku. Aku tiada sesiapa. Aku sepi. Aku hiba. Apa salahku. Kenapa aku selalu dituduh atas perkara yang aku tidak pernah terfikir untuk lakukan. Apa salahku? Kenapa kamu sanggup menghinaku tanpa menyusul periksa? Aku bukan anak ayam yang boleh dibuang, dikejar. Aku bukan pakaian untuk diganti. Tapi aku manusia yang menunngu saat mati.

No comments:

Post a Comment