Wednesday, November 3, 2010

Imbas kembali atau 'flashback' datang menjadi realiti.

Oh tuhan. Selamatkan aku dari segala kenangan-kenangan pahit yang akan datang menjadi realiti. Hanya padamu aku berserah.

Monday, November 1, 2010

Perihal "sekumpulan pahlawan merah" yang telah membanggakan kami.

Kelalaian dan kealpaan akan mengakibatkan sesuatu benda bakal musnah kelak. Wahai "sekumpulan pahlawan merah", bangkitlah dari lamunanmu, sediakan senjatamu, sediakn fizikalmu, sediakn emosimu. Kamu harus bangkit, kamu harus bersedia, kamu tidak harus untuk berputus asa. Ya, kamu akan berperang, berperang dengan habis-habisan. Kami sentiasa berada di belakangmu. Kami akan terus menyokongmu. Usah gentar wahai "sekumpulan pahlawan merah", kami sebagai penyokongmu akan sentiasa berada di sisimu. Go more "kelate" go more.

                       Sekempulan "pahlawan merah" yang telah membanggakan kami rakyat Kelantan.


Ya, Piala Malaysia milik kami, persetankan semua cacian dan segala pertikaian. Kamu yang benci entri ini, dipersilakan mati.

Saturday, September 25, 2010

Berhempas pulas setelah dicaci,dihina,difitnah,dibuang.

Setelah cacian dan hinaan yang disertakan tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepadaku. Aku berhempas pulas,berusaha untuk mempertahankan diri aku. Aku tidak salah. Aku berani kerana aku benar. Pantang darah keturunanku difitnah. Biar dihina. Baik dicaci. Fitnah lagi berat tanggungannya. Aku berlari anak menapak satu persatu anak tangga yang tersusun rapi menuju ke sebuah bilik pada pukul 3:13 am . Aku mengharap sangat pintu bilik itu tidak terkunci dan penghuninya masih dalam keadaan sedar. Tapi yang aku nampak, gelap. Sangat gelap. Sama gelap dengan pandanganku. Aku sedar. Diriku telah dibuang oleh sesuatu. Sesuatu nyawa bagiku. Aku telah dibuang. Dibuang jauh. Amat jauh. Aku makin jauh. Aku makin mengecil. Menunggu saat untuk hilang dari pandangan. Disebabkan teringat akan pesan bonda yang kukasihi yang menyuruh aku sentiasa berbuat baik dan tidak membalas dendam terhadap orang yang menjahanamkan hidup aku,aku sabar. Aku sabar dalam sedih. Aku sedih sebab aku dituduh atas perkara yang memang terang-terangan mempunyai jawapan yang pasti. Berdiri aku disini ingin membela diri aku. Sedikit kuman aku tidak berasa gentar kerana aku tahu, aku tidak bersalah. Aku bercakap benar. Tanpa ada rasa untuk berundur,aku kuatkan semangatku. Aku berusaha sedaya upaya ku untuk mendapatkan bukti. Dengan berbekalkan jalur lebar yang sudah hampir hayatnya. Aku membuka situs maya yang akan ku jadikan bukti kukuh aku tidak bersalah. https://onlinecustomerservice.celcom.com.my . Aku masukkan penganalan diri sesorang dan kata laluan bagi pengenalan diri itu. Aku tidak berjaya meloloskan diri akibat situs itu yang sudah lama tidak di perbaharui oleh pihak berkenaan beserta dengan pakej jalur lebar yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau perlu, aku akan kepejabat yang berkenaan esok untuk mendapatkan salinan bukti aku tidak bersalah. Aku berani kerana aku tidak bersalah. Aku bukan pengecut yang suka memfitnah tanpa usul dan bukti. Aku berani. Aku sedih. Aku berani dalam kesedihan. Hakikat yang aku kena terima, aku telah dibuang. Tiba-tiba otakku mula mengenang kembali tragedi malang yang menimpa ku pada 05.04.10-04.06.10 yang telah membuat otak dan badanku tidak dapat berfungsi secara normal. Badanku susut. Aku perlukan ubat penenang kerana aku sukar tidur ketika itu. Disaat tengah malam yang gelap gelita. Separuh dari penduduk bumi telah nyenyak tidur, aku masih mampu membuka mata seperti biasa, disaat itu akan muncul bondaku yang membawa segelas milo panas dan sebiji ubat penenang. Aku mengadu nasib kepada bonda. Hanya bonda memahami aku. Mengenali aku. Bonda pernah berpesan "biarlah kalau orang dah tak nak, kita doakanla biar orang tu bahagia. Tuhan dah bagi jodoh masing-masing. Kita sebagai umat,wajib berdoa meminta pertolongannya." Aku kembali kuat pada ketika itu,tapi hanya untuk beberapa jam. Beberapa jam seterusnya otakku akan memainkan cerita yang sama. Aku tidak sanggup lagi menghadapi tragedi seperti itu. Aku tidak kuat. Aku tidak mampu ya-Allah. Aku meminta perlindungan dari mu ya-Allah dari segala malapetaka, dari segala bencana, dari segala fitnah. Aku tidak kuat ya-Allah. Aku perlukan bonda disaat begini yang dapat mendengar rintihanku. Tangisanku. Esakanku. Aku tiada sesiapa. Aku sepi. Aku hiba. Apa salahku. Kenapa aku selalu dituduh atas perkara yang aku tidak pernah terfikir untuk lakukan. Apa salahku? Kenapa kamu sanggup menghinaku tanpa menyusul periksa? Aku bukan anak ayam yang boleh dibuang, dikejar. Aku bukan pakaian untuk diganti. Tapi aku manusia yang menunngu saat mati.

Sunday, September 5, 2010

Kisah kita 1

"Koya!" perkataan itu menusuk tajam dalam hatiku. aku tercari-cari siapakah gerangan mulut yang berani melemparkan kata-kata nista itu kepadaku. Suaranya halus. Aku yakin itu suara budak perempuan. dengan rasa hampa, aku berlalu menyusuri Dewan Budiman dan menuju ke dorm 1A2. "Bro,ari ni aku rasa panas je!." luah mulutku kepada kawan-kawan sebilik ku. "Apa hal bro?" tanya seorang sahabat. Aku menceritakan peristiwa sebentar tadi kepada sahabat-sahabatku. "kahkah! padan muka kau bro. Itu lah pasal, kau jalan tak tengok kiri kanan. Kan dah kena 'sound'. " "kahkah,kahkah." hilaian tawa sahabatku-sahabatku semakin kuat membuatkan aku menjadi semakin panas.

Pada suatu petang dipadang sekolah, aku dan sahabat-sahabat telah berjalan-jalan disekitar padang. Pada hari itu telah diadakan latihan rumah sukan. Aku seperti sediakala,sangat tidak menyukai sukan, menghabiskan minit-minit akhir latihan dengan bersiar-siar ditengah padang. Tiba-tiba, mataku terhenti pada satu wajah. Wajah yang sangat putih bersih. tubuhnya sangat kecil molek. Mataku tidak berkedip melihat budak perempuan itu. dengan tidak semena-mena terpacul dimulutku, "Fuhh, cantik nya budak tu!" "Mana?" tanya sahabat-sahabat. "Tu ha" tangan ku menunding ke arah budak perempuan tersebut. "Oh. Itu budak kelas aku tu. Nama dia................ "

bersambung......

Friday, September 3, 2010

aku bukan siapa-siapa.

"Saya menyesal sangat-sangat sebab cerita kat awak hal ni. Saya memang silap besar" . Tiba-tiba jantungku berdegup kencang, pandanganku gelap seketika, aku sebak, ya aku sebak. Hatiku hancur, Lebur bersepah dibawa angin. Aku gagahkan diri membuka mata. Apa yang aku dapat lihat adalah 'flashback-flashback' lampau yang seolah-olah memainkan balik cerita-cerita bahgia. Cerita-cerita indah. Cerita-cerita cinta. Oh aku harus dapat memanipulasikan apa yang tersurat dan apa yang tersirat tentang perkara tersebut. Aku sangat tidak bermaya.

"Bro! tak tido lagi ke?esok pagi test." sapa kawan se sayap ku. Oh aku lupa. Esok aku ada ujian. Esok juga hari yang sangat membahagiakan aku. Aku balik raya! Oh tuhan, terima kasih setinggi-tinggi kepadamu. Dikala ini, aku sangat merinduimu umie. Aku rindukan semua. Aku sangat gembira. Oh tuhan,kau lindungilah hambamu ini dari malapeteka dan bencana yang hebat.Amin.

Tuesday, August 24, 2010

Aku seorang pemusnah..

"Disebabkan kau, kawan-kawan aku lain dengan aku, lepas satu-satu kau rosakkan. Kau memang tak guna. Pergi mati la kau, aku tak nak tengok lagi muka kau! Kau banyak menyusahkan hidup aku." kata pisces kepadaku. Sangat tajam menusuk terus ke hatiku. Aku redha. Aku bersuara sebab kamu pisces, tidak peduli akan diriku, tidak mengerti apa perasaaku, kamu hanya pikirkan kamu,kawan-kawan kamu yang baru kamnu kenali tidak sampai 2 bulan. Tapi perasaanku? Semenjak pulang dari flashback 22.08.2010 ,kamu telah berubah pisces, pisces yang selalu mengambil berat tentang diriku sudah hilang. Mungkin sememangnya aku yang silap? Ya,aku memang sentiasa silap. Untuk pengetahuanmu pisces,aku hanya perlukan perhatianmu. Aku minta maaf kepada semua kawan-kawan mu pisces. Memang patut kalian membenci aku. Aku memang seorang pemusnah. Terima kasih pisces.

Thursday, August 19, 2010

Jangan tinggal daku.......

"Sanggupnya dirimu wahai pisces meninggalkan diriku begini. Apa salah aku pisces?Aku tidak menipu dirimu wahai pisces. Aku tidak mampu hidup begini. Jangan tinggal aku. Aku merayu. Aku sujud kepadamu. Aku tidak pernah mempermainkan dirimu. Menduakan dirimu. Tolong aku pisces. Jangan tinggal aku. Tolong. Aku tidak segagah helang. Aku hanya pipit. Jangan tinggal aku. Tolong pisces. Demi cinta yang kita kita bina. Demi kasih sayang yang wujud. Demi rindu yang terbit. Oh pisces, aku merindui hilai tawamu, lirik senyummu, merajuk manjamu. Tolong aku pisces. Jangan tinggal aku." Aku tersedar dari lamunan. Tanpa aku sedari mata ku sudah berkaca. Oh tidak, pisces telah tinggalkan aku, apa salah aku? Aku tidak menipu dirinya. Kenapa aku selalu ditinggalkan begini. Oh tuhan, kau kembalikanlah pisces ku yang telah hilang. Kau rampaskanlah dirinya dari flashback kami. Aku perlukan pisces. Aku tidak mampu hidup begini.

Wednesday, August 18, 2010

ayunx..

"ayunx.. bie xtipu ayunx..tlg cayor bie.. saem sebilik tepon soh balik bilik sebab isi borang banci.. mlm ni gop ata.. bie dop isp rkok blik saem tiko tu.. tlg lar cayoo.. Demi Allah bie xtipu ayunx.. tlg pk lar.. xkea bie nk wt pangai.. bie xsanggup kehilangan ayunx.. tolong jgea wat bie gni.. tolong lar.. bie sayang ayunx sangat2..tolong..ahhhhhhhhhhh tolong ayunxxxxx..........."

Tuesday, August 17, 2010

sahur dengan sembilu..

"Awak dah bosan dengan saya ke?" "Yap!" "Awak dah bosan dengan saya ke?" "Yap!" "Awak dah bosan dengan saya ke?" "Yap!" "Kenapa bosan dengan saya?" "tuut.. tuut.." Aku tidak mengalah, berbakikan kredit yang ada, aku terus membuat panggilan lagi, "this is your voicemail..bla..bla..bla.." Ok pisces, sekarang aku seorang yang membosankan. Baru aku sedar. Sangat menusuk hati. Ya,sembilu itu tajam, tapi tajam lagi kata-kata mu wahai pisces. Aku blur. Mataku seakan berkaca. Aku tidak boleh terus begini. Aku kuat. Ya,pisces cakap aku kuat. Tapi,kuat kah aku? Seandainya flashback adalah kekuatan bagiku, kembalikanlah aku ke alam flashback. Aku dah mula rasa kesakitan yang sudah lama telah hilang. Kesakitan fizikal. Oh tidak! tulang belakang aku sakit kembali? Kenapa? Mungkin aku buat tidak endah. Moga-moga sakit ini boleh hilang bersama pedihnya hatiku ini. Aku tidak boleh tidur. Otakku terus berputar disekeliling nuetron-neutron didalam kepala.,2 bebola daging yang dianugerahkan Allah yang aku gunakan melihat telah mula kabur. Aku hanyut,aku terbang,aku berlayar bersama flashback ku.Oh tuhan, terima kasih memberi peluang untuk aku terus hidup.Sesungguhnya aku seorang hambamu yang sangat lemah.Berikanlah petunjuk dan hidayah kepadaku.Amin.

Monday, August 16, 2010

mendung tatkala senja..

"Nasi ayam satu mak cik ye,ni duit nye.." "Terima kasih dik,nati datang lagi." "Ye sama-sama mak cik,nati saya datang lagi kalau sedap." Itulah juadah berbuka puasa aku pada Ramadhan ke 6 ini,sangat simple,sebaik saja beduk berbunyi,maka azan mula berkumandang,aku menjalankan kewajipan ku sebagai umat islam untuk berbuka puasa,.Tiada lagi kurma,tiada lagi 'woh kekoh car'(kuih gula melaka),tiada lagi 'akok',tiada lagi 'tahi itik',tiada semuanya.Kemana menghilang?Flashback!!!Ya tepat sekali,semuanya telah dirampas dan disembunyi oleh flashback.Sesungguhnya aku sangat merindui Ramadhan ku di alam flashback.Banyak kenangan dan saat indah tatkala Ramadhan di alam flashback.Termasuk Ramadhan bersama kamu wahai pisces,aku sangat merinduinya.Sangat manis untuk diingat.Aku sangat merinduimu pisces,kenapa disaat begini kau langsung tidak endahkan diriku?Besar sangat ke salah ku?Apa salah aku?Jika salah diwaktu flashback kau jadikan ukuran,ingin aku kembali semula ke flashback untuk membetulkan keadaan.Sesungguhnya aku sangat menyintaimu pisces,kau nadi aku,jangan buat aku begini.Jangan seksa aku.Aku merayu padamu wahai pisces,kasihanilah aku.Jangan biarkan aku kesorangan begini.Oh tuhan,ampunilah aku,kembalikanlah aku ke alam flashback.Sesengguhnya hanya diKAU dapat memekbulkan doaku.Amin.

Sunday, August 15, 2010

Pagi 6 Ramadhan yang layu.......


"Assalamualaikum Miss,erm, maafkan saya sebab datang lewat." "Urm,awak boleh duduk." Warghhh aku telah lewat ke kelas lagi!Apa salah aku?Ye aku datang lewat.Itu salah aku.Tapi apa salah aku pada dia?Aku sering dipersalahkan.Mungkin memang betul aku yang salah?Atau salah itu memang tak disengajakan?Atau salah aku pada zaman flashback dulu datang menghimpit aku?Atau salah itu memang satu suratan yang tidak boleh dirungkai lagi?Persoalan akan terus menjadi persoalan dan pasti tidak akan dapat menjadi jawapan."Bodoh!" "I hate u like a hell.",Kata seorang yang berzodiak piesces kepada ku.Sangat tajam.Menusuk,menghiris,merobek hati ini.Tapi aku tahu,aku memang layak untuk semua itu.Ya aku memang layak.Aku sudah layu.Mataku layu,tubuhku longlai,otak ku berfikir sejenak,adakah aku akan terus diseksa di alam ini?Oh tuhan,kembali kan aku di alam flashback!

Tuesday, August 10, 2010

assalamualaikum...

selamat menyambut bulan ramadan buat semua umat islam..