Monday, March 14, 2011

Aku dibuang.

Disaat aku bangun, hujan renyai-renyai diluar tingkap mula kedengaran. Aku bangun, kulihat kiri, kulihat kanan, sepi. Semua sepi. Kelihatan beberapa sahabat sedang menggaru tangan dan betis. Gatal akibat gigitan nyamuk mungkin. Pandangan aku tertumpu pada satu sudut pandang disebelah meja belajar. Aku memerhati satu poster pasukan bola sepak kesayangan ku, 'The Red Warrior'. Mata aku mula beralih ke tepi sedikit, aku memerhati lama satu lagi gambar yang di cetak dan ditampal oleh ku sendiri di bahagaian papan kenyataan tersebut. Mataku tidak berkedip walau sesaat sekali pun. Fikiran aku mula melayang. Apa yang fikiran aku layangkan ialah kisah-kisah mengenai diriku dan pisces. Semua 'flashback' mula kembali datang seolah-olah realiti. Dari mula-mula pertemuan kami, sehinggalah saat ini. Tanpa aku sedari, aku tergelak sendirian pabila mengenang telatah pisces yang selalu mecuit hatiku. Jenaka nya selalu membuatku tersenyum, Ada ketika, aku pun sama tidak tahan untuk tergelak dengan jenakanya. Tapi, aku sering menegurnya dengan 'sssshhh' pabila pisces sudah tidak ingat dunia ketika ketawa. Kataku, "ayunx, ramai ni orang,sume org tgk kite." Pabila berjalan dengan pisces, aku gembira kerana ramai mata lelaki memerhati aku dengan tidak puas hati. Ya mungkin kamu orang iri hati aku berjalan dengan pisces ku yang sangat comel. Aku sagat berbangga memiliki pisces. Pisces manja. Aku tahu pisces sangat suka kalau aku memujuknya. Tapi sekarang, aku tahu, pisces sudah tidak perlukan aku untuk memujuknya. Pisces tidak perlukan aku untuk menemani nya ketawa. Pisces tidak perlukan aku untuk melalui hidupnya sehari hari. Tiada lagi aku dalam hidup pisces. Tanpa kusedari benih benih kecil mula keluar dari mataku. Aku tahan. Namun apa dayaku. Aku tidak mampu. Yang ku mampu hanyalah mengenang kisah-kisah kami. Aku bayangkan fantasi sebagai realiti. Walaupun aku tahu ianya akan membuat diriku lagi perit. Sekiranya pisces ada terbaca entri ini. Aku ingin dia tahu bahawa aku sangat merinduinya. Saat-saat aku bersamanya, tidak pernah pudar dalam ingatanku. Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu, ketenanganmu wahai pisces. =(

No comments:

Post a Comment